Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 261-262 mahfhumnya:
261.”Bandingan (perbelanjaan – derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah amat luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuaNya”
262.”Orang – orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-membangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka , dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
(Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran 30 juzuk: Terbitan Darul Fikir Cetakan yang ke 15-1998)
TABUNG PENGURUSAN Tabung pengurusan adalah untuk membiayai kos :
1. Pembinaan bangunan asrama dan bilik darjah 2. Pembiayaan yuran anak yatim dan fakir miskin 3. Pembiayaan gaji guru dan kakitangan 4. Kursus dan lawatan 5. Kos pengurusan dan lain-lain
Oleh demikian kami menyeru Yang Berbahagia tuan/puan agar menyahut seruan MTQ ini dengan Menyumbangkan sebahagian harta sebagai SEDEKAH JARIAH.
Sumbangan hendaklah diatas nama “TABUNG PENGURUSAN” kemudian hubungilah kami di alamat berikut :
URUSETIA TABUNG PENGURUSAN
YAYASAN PENDIDIKAN Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN Kompleks Pendidikan Masjid Al Aulia Taman Sin Lok, Jalan Kuala Kansar, 30000 Ipoh Perak Tel: 05-5060223/ Fax : 05-5060017
E-mail : jpmaddin@yahoo.com.my Web :maahadtahfizaddin.edu.my
Nama Akaun : JPM ADDIN KG TUALANG SEKAH No. Akaun : 508047601456 Nama Bank : Maybank Berhad
Sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya: “ Apabila mati seorang anak adam , terputusnya segala ‘amalannya kecuali tiga (kebaikan) : sedekah jariahnya (yang ikhlas) ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan (kebaikan) untuknya”.