Tabung Pendidikan

MUQADDIMAH
 
Firman Allah dalam  Surah Al-Baqarah  ayat 261-262 mahfhumnya:
 
261.”Bandingan (perbelanjaan – derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah amat luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuaNya”
 
262.”Orang – orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-membangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka , dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
 
(Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran 30 juzuk:
Terbitan Darul Fikir Cetakan yang ke 15-1998)
 
 
2. Tabung Pendidikan  MTQ ADDIN ini bertujuan  :
· Membiayai yuran pengajian anak yatim dan fakir miskin
· Membiayai kos penganjuran kursus kursus peningkatan prestasi untuk guru guru dan pelajar.
· Membiayai kos pengurusan dan penyeliaan peperiksaan.
· Membeli dan menyiapkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
 
3. Tabung Pendidikan MTQ ini  diuruskan oleh 3 orang  Ahli Jawatankuasa Pengurusan MTQ yang  di daftarkan kepada JAIPK menurut  seksyen 11 Enakmen kawalan sekolah – sekolah Agama Islam 1996:
 
3.1 Dato’ Syeikh Mohamah Nor  B. Mansor al-Hafiz (Pengerusi)
3.2 Tuan Hj Abdullah B. Mat Hashim  (Timb. Pengerusi)
3.3 Tuan Hj Mohd Sabri Bin Nordin  (Setiausaha)
 
4. Oleh demikian kami menyeru Yang  Berbahagia tuan/puan agar menyahut seruan MTQ ini dengan Menyumbangkan sebahagian harta sebagai  SEDEKAH JARIAH .
 
5. Sumbangan hendaklah diatas nama “ Yayasan Pddk Maahad Tahfiz al Quran ADDIN Perak ” kemudian hubungilah kami di alamat berikut :
 
URUSETIA TABUNG PENDIDIKAN MTQ ADDIN,
YAYASAN PENDIDIKAN
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN
Kompleks Pendidikan Masjid Al Aulia Taman Sin Lok,
Jalan Kuala Kansar, 30000 Ipoh Perak
Tel: 05-5060223/ Fax : 05-5060017
 
Nama Akaun  : YAYASAN PDDK MAAHAD TAHFIZ AL QURAN ADDIN PERAK
 
No. Akaun      : 08-013-01-002348-3
 
Nama Bank    : Bank Islam Malaysia Cawangan
    Jln Panglima Bukit Gantang , Ipoh.
 
Sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya:
 
“ Apabila mati seorang anak adam , terputusnya segala ‘amalannya kecuali tiga (kebaikan) : sedekah jariahnya (yang ikhlas) ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan (kebaikan) untuknya”.