Sumbangan Hari Kokurikulum 2016

SUMBANGAN HARI KOKURIKULUM MTQ ADDIN 2016

MOHON SUMBANGAN BAGI MEMBIAYAI HARI KOKURIKULUM MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN PERAK BAGI TAHUN 2016

Perkara diatas adalah dirujuk,

  1. Adalah dimaklumkan bahawa Yayasan ADDIN adalah sebuah pertubuhan berdaftar yang menguruskan perjalanan Maahad Tahfiz Al Quran wal Qiraat ADDIN berjumlah 16 ( ENAM BELAS ) buah cawangan seluruh negeri Perak dan sebuah cawangan di Pahang.
  2.         Oleh yang demikian, pihak kami akan menganjurkan Hari Kokurikulum MTQ ADDIN 2016 pada 7 dan 8 MEI 2016 yang melibatkan semua pelajar yang terpilih dalam acara-acara yang akan dipertandingkan.
  3. Untuk makluman pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan, terdapat lebih 1000 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di semua cawangan Maahad Tahfiz ini. Hari Kokurikulum ini sangat penting pada hemat kami demi mempertingkatkan mutu kecergasan dan kecerdasan pelajar di Maahad Tahfiz ini.
  4. Bagi menjayakan program ini kami memerlukan sumbangan wang ringgit daripada pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan berjumlah RM 24,120.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Puluh Empat Ribu Satu Ratus Dua Puluh Sahaja ) atau sumbangan peralatan sukan yang berkaitan.
  5.         Sumbangan tersebut boleh disalurkan melalui akaun bank seperti berikut :

Nama Bank               : Maybank Bhd

            Nama Akaun            : JPM ADDIN KG TUALANG SEKAH

            Nombor Akaun        : 508047601456

  1.   Kami amatlah berbesar hati sekiranya pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan yang ingin memberikan sumbangan dapat memaklumkan kepada kami untuk direkodkan melalui email jpmaddin@yahoo.com.myataupun boleh berhubung dengan pegawai kami di talian 05 5060223
  2.     Budi baik daripada pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah kami harapkan dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairan Kathira. Semoga Dato’/Datin/Tuan/Puan sekeluarga sentiasa dirahmati dan dilindungi Ilahi dimana jua berada.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

“SATU KELUARGA SEORANG HAFIZ”

MOHAMED DHIA ADDIN BIN MOHAMED ZAIN

Ketua Penyelaras Tahfiz

Urusetia ;

Hari Kokurikulum
MTQ ADDIN 2016
YAYASAN PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ ADDIN PERAK
Kompleks Pendidikan Masjid Al Aulia’
Taman Sin Lok, Jalan Kuala Kangsar
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tuan,

SUMBANGAN BAGI MEMBIAYAI HARI KOKURIKULUM MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN PERAK BAGI TAHUN 2016

Dengan segala hormat dan takzimnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa saya / kami menyumbangkan sebanyak ___________ atas nama JPM ADDIN KG TUALANG SEKAH, No Cek / Wang Pos :_________________

Sekian, terima kasih

Yang benar,

___________________