SUASANA PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JANUARI 2018

Apa yang lebih membahagiakan ibu bapa dari memiliki anak-anak yang tidak lekang dari “قال الله” (firman Allah) & “حدثنا فلان” (sabda Rasul) meniti di bibir-bibir mereka ???

Bukan mudah untuk menempuh jalan para cendekiawan ulung Islam dahulukala. Bukan mudah untuk membentuk anak² mencintai Allah & Rasulnya sepenuh jiwa dan raga. Bukan mudah untuk menanam kalam dua wahyu dalam dada dan keperibadian mereka. Semua itu memerlukan pengorbanan besar sang ibu, sang ayah, dan anak-anak jua. Namun jika berjaya, merekalah “SAHAM” besar kita, terutamanya setelah kita meninggalkan dunia yang fana.

ALHAMDULILLAH !!!
Semalam, sekitar suasana Taklimat & Pendaftaran Pelajar Baharu 2018. TAHNIAH, Ibubapa & Penjaga serta para pelajar.