SKIM WAKAF KITAB ADDIN

YAYASAN PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN PERAK telah melancarkan SKIM WAKAF KITAB ADDIN buat semua pelajar di MTQ ADDIN.

Program ini adalah bertujuan membantu ibu bapa mengurangkan kos perbelanjaan kitab untuk persekolahan anak mereka. Para pelajar di MTQ ADDIN juga dapat belajar dengan baik dan selesa kerana mempunyai jumlah kitab yang lengkap. Kesemua kitab yang diwakafkan adalah kitab kitab agama untuk kegunaan para pelajar berumur 13 hingga 17 tahun.

Yayasan ADDIN adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menguruskan perjalanan Maahad Tahfiz Al Quran wal Qiraat ADDIN berjumlah 23 buah cawangan (20 buah cawangan di negeri Perak, 1 cawangan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 2 cawangan di Selangor Darul Ehsan) yang mana ianya berkonsepkan kebajikan. Kami juga menguruskan cawangan yang menawarkan pengajian Tahfiz Vokasional dengan kerjasama Giatmara dan Kolej Komuniti serta pengajian peringkat Diploma Tahfiz dengan kerjasama Darul Quran JAKIM. Terdapat seramai 1366 pelajar termasuk anak yatim seramai 53 orang dan fakir miskin seramai 278 orang yang sedang belajar di MTQ ADDIN kami.

Oleh itu pihak YAYASAN PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN PERAK selaku urusetia program dan penerima manfaat ini mengalu-alukan sumbangan dan penajaan daripada mana-mana pihak yang sudi untuk membantu pelajar-pelajar di MTQ ADDIN.