Seruan Islam-11

 

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 11
No 9, Bangunan Bulan Bintang
Persekutuan Seruan Islam Perak
Jalan Seruan 30250 
Ipoh Perak
No tel : 05-241 2637  / Faks: 05-241 2571

Pengetua: Abdul Hakim Bin Razali

 

Acc. Bank Islam 08-013-01-00-8279-5

FB :Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin-11 ( Seruan Islam)

 

SEJARAH PENUBUHAN MTQ ADDIN 11,SERUAN ISLAM

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN 11 Seruan Islam adalah sebuah sekolah agama rakyat yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak bernombor JAIPk/SMAR/BG.01/97. Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN 11 merupakan cawangan yang kesebelas dibawah naungan MTQ ADDIN yang berpusat di Malim Nawar yang dipengerusikan oleh Dato’ Sheikh Mohamah Nor Mansur Al-Hafiz (Mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak).

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN 11 Seruan Islam adalah Institusi Pendidikan Islam Swasta dan berasrama penuh yang memilih bidang hafaz Al-Quran sebagai subjek teras. Maahad ini mula beroperasi pada awal bulan Mac 2012 dan beralamat di No.9, Bangunan Bulan Bintang, Persekutuan Seruan Islam,Jalan Seruan,30250 Ipoh.
Maahad ini diuruskan oleh Ustaz Mohd. Sabri B. Nordin sebagai Ketua Penyelaras Jawatankuasa Penyelaras Maahad dan Ustazah Nur Hamizah Binti Ismail sebagai Pengetua MTQ ADDIN 11,Seruan Islam dengan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Jemaah Pengurusan sekolah manakala guru dan kakitangan seramai 14 orang. Jumlah pelajar setakat bulan Julai 2013 adalah seramai 81 orang.