Selamat Datang!

Laman Web Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung laman web Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN. Sejajardengan arus kemodenan, MTQ ADDIN telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan laman web agar lebih ramai yang dapat mengetahui perkembangan semasa MTQ ADDIN.

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN adalah sebuah institusi pendidikan islam swasta berasrama penuh yang berasaskan kebajikan dan memilih bidang hafaz Al-Quran sebagai subjek teras. Maahad ini ditubuhkan pada 17 Disember 1993 dan dibina di atas sebidang tanah 9 ekar 2 relung 15 persegi di Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar.

Maahad ini pada mulanya dikelolakan oleh Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Perak yang diketuai oleh Dato' Syeikh Mohd Nor B. Mansor Al-Hafiz.

Kini MTQ ADDIN dikendalikan di bawah Yayasan ADDIN yang juga di pengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato' Syeikh Mohd Nor B. Mansor Al-Hafiz. Maahad ini didaftarkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Perak dengan nombor pendaftarannya JAPk/SAR/68/93 kemudian telah bertukar kepada JAPk/SMAR/BG.01/97.

 

Setelah hampir 14 tahun beroperasi, MTQ ADDIN telah berkembang pesat bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat dan telah menubuhkan enam(6) cawangan di seluruh negeri Perak.