Program Wakaf Khas Untuk Kitab Mushaf Qiraat Asyara ( 10 ) Dalam Pengajian Diploma Qiraat ( 1 PELAJAR = 1 KITAB )

YAYASAN PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN PERAK selaku urusetia telah bekerjasama dengan Penerbitan Dar Hakmah yang telah diberi kelulusan untuk menerbit Kitab  Mushaf Qiraat (10) oleh pihak KDN serta mendapat sokongan daripada pihak JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan MUFTI Negeri Perak dalam melaksanakan Program Penajaan, Sumbangan Dan Wakaf.

TUJUAN KITAB INI DIPILIH
Kitab ini tidak menjadi LAMBAKAN, malah ianya amatlah diperlukan oleh setiap pelajar pusat pengajian Islam seluruh Malaysia yang mendalami Ilmu Al-Quran secara talaqi. Pihak YAYASAN ADDIN mengambil inisiatif bagi membantu pelajar–pelajar yang memerlukan Kitab Mushaf Qiraat ini. Ianya memberi kebaikan dan menyampaikan hasrat penaja dan penyumbang serta mendapat pahala yang beterusan.

APA ITU KITAB AL-QURAN MUSHAF QIRAAT ASYARA (10)

Kitab Al-Quran Mushaf Qiraat Asyara (10) ini adalah salah satu Ilmu berkaitan dengan cara-cara bacaan di dalam Al-Quran. Ia juga mempunyai pelbagai bunyi atau dialek bahasa dan sumber perubahan lafaz pada kalimah Al-Quran dan Wahyu yang diturunkan kepada Rasullulah S.A.W. melalui Jibril secara talaqi.

KEMANA KITAB INI AKAN DIAGIHKAN
Kitab ini akan diagihkan ke Pusat Pengajian Tahfiz, Madrasah, Pondok, Kolej Universiti Islam Negeri serta Pelajar – Pelajar Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah IPTA seluruh Malaysia. Setiap tahun kitab ini amatlah diperlukan untuk diagihkan kepada pelajar–pelajar baru,dianggarkan sebanyak 50,000 naskah untuk diagihkan di seluruh negeri.

HARGA KITAB QIRAAT
Harga Kitab Qiraat Asyara RM120 senaskah termasuk kos penghantaran kepada pusat pengajian Islam seluruh Malaysia.

NOTA : Setiap Naskah Yang Ditaja Akan Diletakan Nama Penyumbang

Kod wakaf bagi kitab ini adalah 1001

BORANG DI SINI: