PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN SUKAN MTQ ADDIN 2018 SELURUH CAWANGAN OLEH MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

 

Kejohanan Sukan MTQ ADDIN 2018

Jawatankuasa Penyelaras MTQ ADDIN ( JPM ADDIN ) telah menganjurkan Kejohanan Sukan MTQ ADDIN 2018 baru-baru ini dengan tema Menggilap Potensi Huffaz Menggapai Redha Ilahi.
Kejohanan Sukan MTQ ADDIN 2018 ini dilangsungkan di Kompleks Rakan Muda Kampar Perak dan turut melibatkan semua cawangan MTQ ADDIN berjumlah 20 buah cawangan seluruh negeri Perak dan sebuah di Raub Pahang.

Menurut Pengarah Jawatankuasa Kejohanan Ustaz Syahmadi berkata, antara objektif penganjuran sukan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar MTQ ADDIN menyerlahkan bakat sukan yang ada.
Tambah beliau, penganjuran sukan ini juga berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua cawangan MTQ ADDIN melalui semangat berpasukan dan kesukanan bagi menghadapi cabaran masa hadapan yang diterapkan ke dalam salah satu program SUMUR iaitu penglibatan dengan komuniti untuk pembangunan lestari.
Mengulas tentang kejohanan sukan ini 6 acara sukan yang dipertandingkan seperti Sepak Takraw, Bola Sepak, Futsal, Badminton untuk katogeri beregu dan individu , Ping pong untuk katogeri beregu dan individu serta bola tampar.

Program sukan ini telah mendapat penyertaan sebanyak 485 orang peserta melibatkan kesemua 20 buah cawangan seluruh negeri Perak dan sebuah di Raub Pahang.
Sementara itu Ketua Penyelaras MTQ ADDIN, Ustaz Mohamed Dhia Addin menyatakan beliau menyokong penuh aktiviti sebegini kerana di samping aktiviti pembelajaran pelajar mestilah turut bergiat aktif dalam bersukan.Ujarnya, aktiviti sukan merangsang kepada penjagaan kesihatan sekaligus menggalakkan budaya hidup sihat cergas dalam kalangan pelajar dan juga tenaga pengajar.

Manakala menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan ADDIN, Ustaz Mohamad Nasir Hassan dalam ucapan aluannya berkata, setiap tahun Yayasan ADDIN menganjurkan kejohanan seperti ini bagi mencungkil bakat dikalangan pelajar dan seterusnya dapat mewakili Yayasan ADDIN ke Peringkat Kebangsaan dalam program Ihtifal Huffaz Kebangsaan yang menghimpunkan semua maahad tahfiz swasta dan kerajaan.Ustaz Nasir turut berharap agar hasrat besar masyarakat, ibu bapa dan MTQ ADDIN yang ingin melahirkan satu generasi huffaz yang berketrampilan dan berprestasi tinggi ini mendapat perhatian dari kerajaan negeri melalui peruntukan dan dana khas bagi pembangunan infrastruktur dan pembangunan sumber kepada maahad maahad tahfiz di negeri Perak ini.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak Tuan Ahmad Faizal Bin Dato Azumu dan isteri beliau Dr. Nomee Ashikin Bt. Dato’ Mohammad Radzi beserta Datin Normah Hanum Bt. Dato’ Ibrahim yang mengharapkan kejohanan Sukan MTQ ADDIN berupaya menjadi pemangkin dalam membina semangat kerjasama dan setiakawan di antara pasukan dan sekolah yang bertanding.

Menurut beliau, “MTQ ADDIN merupakan antara platform bagi mengetengahkan bakat atlet pelajar tahfiz di negara ini dan memberi peluang untuk komuniti tahfiz bersaing secara sihat, belajar dan mengenali di antara satu sama lain dengan lebih baik.”
Katanya, pembangunan yang seimbang dari segi prestasi sukan dan akademik akan melahirkan graduan yang berprofesionalisme dan berdaya saing di pasaran kerja domestik dan antarabangsa.

Johan keseluruhan bagi peringkat menengah atas di rangkul oleh MTQ ADDIN 4 Tapah manakala Johan Keseluruhan bagi peringkat menengah rendah pula dirampas oleh MTQ ADDIN 12 Changkat Chermin.

Maklumat lanjut :

Home


FB : https://www.facebook.com/yayasanaddin/
Tel : 055060223