Pentadbiran MTQ ADDIN Tapah – 04

PENTADBIRAN MTQ ADDIN TAPAH – 04

 

 

Sekolah ini ditadbir oleh Lembaga Pentadbiran Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN cawangan Kampung Jalan Kachu, 35000 Tapah, Perak. Keanggotaan lembaga ini diketuai oleh seorang pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, penolong setiausaha, bendahari dan lima orang ahli jawatankuasa. Manakala pentadbiran dalaman pula diketuai oleh seorang pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan HEM, pembantu kerani, warden asrama dan pengurus kantin. Pengetua juga dibantu oleh tenaga pengajar Al-Quran, tenaga pengajar matapelajaran agama dan tenaga pengajar akademik.
 
Selain itu, pentadbiran sekolah ini dipayungi oleh Persatuan Ulama Malaysia cawangan Perak. Manakala operasi pengendalian pula oleh Yayasan ADDIN dan Jawatankuasa Penyelarasan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN