PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU TAHFIZ VOKASIONAL

Tawaran adalah dibuka kepada pelajar pelajar lelaki yang berminat menyambung pelajaran dalam dwi bidang, Bidang Tahfiz dan Bidang Kemahiran.

Bidang tahfiz, pelajar pelajar akan menghafaz al Quran pada sebelah pagi dan selepas itu akan sambung pelajaran Bidang Kemahiran di Kolej Komuniti dan Giat MARA.

Setakat ini kita akan melaksanakan Program Tahfiz Vokasional ini di dua lokasi sahaja untuk lelaki dan satu lokasi untuk pelajar perempuan.

Lokasi / Penempatan Pelajar Lelaki :

  1. Cawangan Bagan Datuk Perak

Bagi cawangan Bagan Datuk ini, Yayasan ADDIN akan berkolaborasi dengan Kolej Komuniti Bagan Datuk yang menawarkan dua bidang utama iaitu :

1. Penyelenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi

2. Sistem Komputer Dan Rangkaian

2. Cawangan Batu 8 Lekir Perak

Bagi cawangan Batu 8 Lekir ini, Yayasan ADDIN akan berkolaborasi dengan Giat MARA Lumut yang menawarkan tiga bidang utama iaitu :

Foto Giatmara Lumut.

 

3. Cawangan Kg Datuk Hormat Sabak Bernam ( Akan Datang )

Bidang Penternakan Kambing

Lokasi / Penempatan Pelajar Perempuan :

  1. Batu Kurau Taiping Perak

Bagi cawangan Batu Kurau ini, Yayasan ADDIN akan berkolaborasi dengan Bengkel Jahitan RISDA serta Kolej Komuniti Taiping yang menawarkan dua bidang utama iaitu :

  1. Masakan Komersial ( Sos Cili dan Mee Kuning )
  2. Jahitan

 

Syarat Kemasukan :

Syarat Kemasukan dalam bidang ini adalah pelajar lelaki dan berumur 16 tahun ke atas.

Yuran :

Yuran bulanan RM300.00 tidak termasuk sebarang yuran di Kolej Komuniti.

Penempatan :

Pelajar wajib tinggal diasrama yang disediakan.

Pendaftaran :

Pendaftaran secara atas talian dan klik di sini