Padang Renggas – 06

SEJARAH PENUBUHAN MTQ ADDIN 06 – PADANG RENGAS

Hasrat untuk mewakafkan rumah di Batu 17, Padang Rengas sebagai Sekolah Tahfiz telah dibuat seawal pembelian tanah dari pemilik asalnya iaitu Haji Shahiduddin B Kassim pada tahun 1972. Begitulah besarnya harapan Hajjah Fatimah dan atas harapan itulah maka Haji Shahiduddin sanggup menjualkan tanah itu walaupun rasa amat keberatan kerana tanak itu terletak di jalan besar dan beliau mempunyai rancangannya tersendiri.

Haji Ibrahim dan Hajjah Fatimah telah membina sebuah rumah di atas tanah ini dan tinggal dengan anak-anak. Sekitar tahun 1998, setelah anak-anak mendirikan rumah tangga masing-masing dan tidak lagi tinggal di sini dan mereka sering berkunjung ke rumah anak-anak, Hajjah Fatimah telah berusaha untuk menjadikan sebahagian rumahnya untuk Maahad Tahfiz. Tetapi ustaz menasihatinya bahawa tidak sesuai untuk hanya sebahagian dijadikan tahfiz dan sebahagian untuk mereka tinggal.

Apabila Dato’ Ibrahim dan Datin Fatimah telah kembali ke rahmatullah, anak-anak mereka telah menghubungi Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Mohamah Nor Mansor Al Hafiz untuk menjadikan rumah -rumah tersebut sebagai Maahad Tahfiz. Apabila pihak MTQ ADDIN berusaha untuk menyiapkan rumah tersebut untuk digunakan sebagai Maahad Tahfiz. Maka dengan izin ALLAH dan berkat usaha berbagai pihak, pada Januari 2007 bermulalah operasi Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN Padang Rengas (Ibrahim & Fatimah).

Sambil berusaha untuk menyiapkan rumah untuk operasi Maahad Tahfiz, anak-anak cuba mendapatkan tanah tambahan supaya Maahad Tahfiz boleh berkembang dan pelajar-pelajar dapat menikmati pembelajaran dalam keadaan lebih selesa. Perundingan telah diadakan dengan Haji Shahiduddin untuk mendapatkan baki tanahnya supaya Maahad Tahfiz boleh dapat kawasan lebih luas.

Kebetulan juga, seorang menantu Dato’ Ibrahim iaitu Abd Latif B Ishak, mempunyai sebidang tanah di kawasan berhampiran yang telah diberi kepadanya oleh ibu-bapanya Haji Ishak dan Hajjah Aishah iaitu besan kepada Dato’ Ibrahim dan Datin Fatimah tersebut atas nama beliau dan abangnya Abdul Manaf B Ishak. Mereka telah berunding dengan Haji Sahiduddin yang bersetuju untuk mengambil tanah yang berhampiran sebagai ganti supaya tanah belakang Maahad Tahfiz dapat diwakafkan untuk rancangan mengembangkan Maahad Tahfiz hingga mendapat tanah 1 ekar.

Aliran Pendidikan di MTQ ADDIN Padang Rengas

  • Pelajar perempuan sahaja
  • Berumur 16 & 17 tahun
  • Sudah menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk
  • Mempunyai kemahiran membaca Jawi dan Bahasa Arab yang BAIK
  • Bersedia mempelajari matapelajaran Akademik untuk mengambil S.P.M dalam masa yang sama

Alamat :

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN
Batu 17 Jalan Taiping
Padang Asam 33700 
Padang Rengas Kuala Kangsar
Perak D.R.

No Tel : 05-7583879

Maklumat Akaun Sekolah :

CIMB Bank   08140003709053