MOH BAYAR ZAKAT

“KEMPEN PENYUCIAN HARTA DAN JIWA”

Bersempena bulan Ramadhan 1439H, Yayasan ADDIN membuka peluang kepada Muslimin dan Muslimat untuk meraih ganjaran pahala berlipat ganda di bulan Ramadhan melalui amalan zakat dan bersedekah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ramadan adalah bulan yang penuh barakah. Dalamnya terdapat Lailatulqadar di mana setiap ibadah yang dilakukan digandakan kelebihannya sebanyak 1,000 bulan. Pada bulan ini juga umat Islam diwajibkan berpuasa. Sesiapa yang menunaikan satu fardu dalam bulan ini dia akan diberikan ganjaran sama seperti orang yang menunaikan 70 fardu pada bulan yang lain.”

📃Sukacita dimaklumkan bahawa YAYASAN ADDIN telah dilantik oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebagai Amil Institusi.

💵Kelebihan membayar zakat melalui YAYASAN ADDIN
1. RESIT rasmi Maipk akan diserahkan kpd pembayar
2. 50% Bayaran ZAKAT akan dikembalikan kepada YAYASAN ADDIN
3. ZAKAT diagihkan kepada yang layak (asnaf)

Kemana ZAKAT anda disalurkan ???
1. Kami akan salurkan kepada murid yang mempunyai tunggakan yuran atas beberapa sebab tertentu melalui ASNAF GHARIMIN.
2. Kami akan salurkan kepada TABUNG PEMBANGUNAN MTQ ADDIN melalui ASNAF FI SABILILLAH.
3. Kami akan salurkan bagi membiayai yuran/bantuan persekolahan murid miskin melalui ASNAF MISKIN, dan
4. Kami akan membiayai kos pengurusan zakat melalui ASNAF AMIL.

Secara tak langsung, tuan puan yang membayar zakat yang wajib bagi tuan puan telah membantu YAYASAN ADDIN menguruskan operasinya dengan lebih baik.

Justeru itu, bagi IBUBAPA/WARIS dan sahabat-sahabat yang mengetahui sesiapa sahaja yang ingin membayar Zakat (Harta), bolehlah menghubungi AMIL YAYASAN ADDIN :

1. Mohd Sabri b. Nordin
0195752956
2. Mohd Sofian b. Hj. Rejab
019-5739686
3. Mohd Fazali b. Abdul Manas
013-5305228
4. Ismail b. Zainal Abidin
011-14444713
5. Masnor Zakira bt. Mohamed Yusof
011-33719190

>Boleh bayar terus kepada amil waktu kerja dan diluar waktu kerja. Kami bersedia menemui tuan puan di mana jua yang diperlukan mengikut kesesuaian.

**Resit yang dikeluarkan layak mendapat PELEPASAN CUKAI.

Jenis zakat harta:
Zakat Pendapatan, Wang Simpanan, Perniagaan, Saham, Emas & Perak, KWSP/LTAT, Tanaman, Ternakan.

Selain itu, jika tuan puan berhasrat untuk menginfaqkan bagi memartabatkan institusi pendidikan tahfiz ini, tuan puan boleh salurkan ke akaun seperti berikut:

Maybank : 508047601456 JPM ADDIN KG TUALANG SEKAH

Bank Islam : 08013010023483 Yayasan PDDK Maahad Tahfiz al Quran ADDIN Perak

Selamat Berpuasa dan Romadhon Kareem kami ucapkan.

Kenali kami di http://maahadtahfizaddin.edu.my/

https://www.facebook.com/yayasanaddin/