MTQ ADDIN 00 MALIM NAWAR

SEJARAH PENUBUHAN MTQ ADDIN 00
KG TUALANG SEKAH

Pada awal Disember 1993, projek Sekolah Agama Rakyat Kg Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak mula beroperasi, terletak di atas sebidang tanah seluas 9e 2r 15p iaitu tanah wakaf Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak. Dua buah bangunan ( 5 bilik darjah ) yang telah siap dibina oleh Pejabat Daerah Kinta di bawah peruntukan Pembangunan Luar Bandar pada masa itu, telah digunakan sepenuhnya bagi kegunaan pelajar sebagai bilik darjah dan asrama.

Jamaah Pengurusan telah memilih bidang Hafazan Al Quran sebagai subjek teras. Dengan itu sekolah ini telah dinamakan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN ( Ringkasnya MTQ ADDIN )

Maahad ini adalah sebuah sekolah swasta berasrama penuh dan didaftarkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak D.R pada 17 Disember 1993 dengan nombor pendaftarannya : Japk/SMAR/Bg.01/97 setelah Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996 dikuatkuasakan.

Aliran Pendidikan di MTQ ADDIN Kg. Tualang Sekah :

  • Pelajar lelaki sahaja
  • Berumur 16 & 17 tahun
  • Sudah menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk
  • Mempunyai kemahiran membaca Jawi dan Bahasa Arab yang BAIK
  • Bersedia mempelajari matapelajaran Akademik untuk mengambil S.P.M dalam masa yang sama
  • Menawarkan Program Pakar Al Quran ( Syahadah )

PENGETUA 2005 HINGGA KINI 

A.F. USTAZ HAJI MOHD SOFIAN BIN HAJI REJAB

Alamat :

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN
Kg. Tualang Sekah
31700 Malim Nawar
Perak Darul Ridzuan

No Tel : 05-4773473   No Faks : 05-4771057

Maklumat Akaun Sekolah :

Maybank          5580 4260 0211
Bank Islam       08-013-010-01841-5