Latar Belakang

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN adalah sebuah institusi pendidikan Islam swasta dan berasrama penuh berasaskan kebajikan dan memilih bidang hafaz Al-Quran sebagai subjek teras.

Maahad ini ditubuhkan pada 17 Disember 1993 dan dibina di atas sebidang tanah seluas 9 Ekar 2 Relung 15 Persegi di Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar.

alt

Pada mulanya ia dikelolakan oleh Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Perak . Kini MTQ ADDIN dikendalikan di bawah Yayasan ADDIN yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Mohamah Nor B. Mansor Al-Hafiz.

alt

Maahad ini didaftarkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Perak dengan nombor pendaftarannya : JAIPk/SAR/68/93 kemudian ditukar kepada JAIPk/SMAR/BG.01/97.

Setelah hampir 22 tahun beroperasi, MTQ ADDIN telah berkembang pesat bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat dan telah menubuhkan Lapan (16) cawangannya di seluruh negeri Perak dan sebuah cawangan di Raub, Pahang.

Maklumat sekolah serta cawangan MTQ ADDIN adalah seperti lampiran pada cawangan di Muka Depan Laman Sesawang.

Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Qiraat

Keputusan Mesyuarat Lembaga Darul Quran JAKIM pada 24 Mac 2014 telah meluluskan permohonan Yayasan ADDIN untuk mewujudkan program kerjasama pendidikan di peringkat Diploma Tahfiz al-Quran.

Program ini merupakan peluang pendidikan diploma kepada pelajar bawah kelolaan Yayasan ADDIN yang telah menjangkau seribu orang pelajar seluruh negeri Perak.

Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4 telah diberi amanah oleh Yayasan ADDIN untuk mengendalikan program diploma ini.

KONGSI
Artikel SelepasnyaObjektif