KEDATANGAN RAMADHAN 1438/2017

 

Alhamdulillah, bulan Ramadhan kini tiba lagi. Satu bulan yang memang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu kedatangannya memang ditunggu kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan.

1) Berdoalah agar Allah سبحانه وتعالى. Memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah dan zikir.

Para salafush-soleh selalu memohon kepada Allah سبحانه وتعالى agar dikurniakan bulan Ramadhan dan berdoa agar Allah سبحانه وتعالى menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى;

Doa Melihat Anak Bulan 1

.

“Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.”

.

2) Bersyukurlah dan pujian kepada Allah سبحانه وتعالى atas kurniaan Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkarnya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.”

.

Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah سبحانه وتعالى kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

3) Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah ﷺ selalu memberikan kabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepada kamu untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

Salafush-soleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

.

4) Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى.

.

5) Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Sesiapa Jujur kepada Allah سبحانه وتعالى, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan.

فَإِذَا عَزَمَ الْأَمْرُ فَلَوْ صَدَقُوا اللَّـهَ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ ﴿٢١

“Maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.” (Surah Muhammad 47; Ayat 21).

.

6) Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah سبحانه وتعالى.

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Maka bertanyalah kepada “AhluzZikri” (orang-orang yang berilmu), jika kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Anbiyaa’21 ; Ayat 7).

.

7) Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan tabiat buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat.

وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur 24 ; Ayat 31).

.

8) Mempersiapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang membantu proses tadzkiyatun-nafs. Hadirilah majlis ilmu yang membincangkan tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan di sepanjang bulan Ramadhan.

.

9) Persiapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan membuat catatan ringkas merangkumi puasa dan tarawih untuk edaran umum serta memberikan buku kecil atau lembaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

10) Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih kepada Allah سبحانه وتعالى, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah ﷺ., dengan meneruskan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada keluarga, ibu bapa, isteri, anak dan saudara mara dengan mempereratkan hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Kerana manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.