Kampung Sg Kati – 10

PENGENALAN MTQ ADDIN 10 KG SG KATIMaahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 10 Kg Sg Kati adalah sebuah cawangan Maahad Tahfiz ADDIN yang bernaung dibawah Yayasan ADDIN dan Persatuan Ulama cawangan Perak.

Ditubuhkan pada awal 03 Januari 2012 bersamaan 09 safar 1433 Hijrah di atas sebuah  tanah waqaf oleh hamba Allah, beralamat Lot 74 & Lot 87, Jalan Berlian, Kg. Dato Ahmad Said (Sg Kati), 30020 Ipoh Perak Darul Ridzuan. Kedudukan MTQ ADDIN 10 amat strategik kerana berada di tengah kampung dan berdekatan dengan bandar Ipoh dan hanya beberapa minit daripada lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Mempunyai suasana kampung yang nyaman dan segar kerana bangunan kelas terletak di atas bukit.

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 10  adalah sebuah Intitusi Pendidikan Islam swasta dan berasrama penuh yang berasaskan kebajikan dan memilih bidang tahfiz al-Quran sebagai subjek teras disamping mengadakan subjek-subjek pengajian Islam seperti Fiqh, Tauhid, Tafsir, Hadith dan lain-lain lagi. Subjek-subjek akademik asas seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa inggeris turut disediakan pada hujung minggu.

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 10 telah berdaftar dan dikawal oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dibawah seksyen 6(5) Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996 dengan nombor pendaftaran JAIPk/TAHFIZ/IP.152/15.

MTQ ADDIN 10 ini hanya menjalankan pengajaran dan pembelajaran di peringkat Tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja dan mengikut perkiraan semester. Di samping itu, MTQ ADDIN 10 mengadakan kelas akademik bagi memudahkan pelajar menduduki peperiksaan SPM nanti.

MTQ ADDIN 10 selaku cawangan menengah rendah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN (MTQ ADDIN) hanya menerima pelajar untuk 3 tahun pengajian sahaja. MTQ ADDIN 10 telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang berjaya untuk menyambung pelajaran ke cawangan menengah atas MTQ ADDIN yang kemudiannya menyambung pelajaran ke beberapa Universiti tempatan dan luar negara.

MTQ ADDIN 10 menerima jemputan kenduri, majlis, program kemasyarakatan dan aktiviti lain-lain.

MTQ ADDIN 10 sangat mengalukan dan menerima sumbangan anda dan boleh disalurkan dengan bentuk :

– Wang tunai / cek / wang pos / CDM & lain-lain

– Baik pulih asrama, sekolah dan infrastruktur

– Waqaf (Peratalan belajar, pejabat, kenderaan & lain-lain)

– Sumbangan pembayaran bil-bil utiliti dan barangan dapur

– Sumbangan / menaja pelajar yatim & miskin

PENGETUA : USTAZ MEGAT FIRDAUS   (013-9789685)

Nama Akaun Bank Islam (BIMB) :

Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Addin 10

 

Nombor Akaun :

08-013-01008205-6

 

MTQ ADDIN SG KATI – 10

NO.74,JALAN BERLIAN
KG. DATO’ AHMAD SAID
30020 IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL : 05-5264362
H/P: 013-9789685 ( USTAZ MEGAT FIRDAUS ) / 018-2234305 ( USTAZ ANWAR SUKANDAR )