21 April 2024 telah berlangsung program Tindakan Iklim anjuran bersama Persatuan Kembara Insaniah, Lions Club of Perak Silver State, Hospital Pantai Ipoh, Loyal Academy, KOHIJAU, Ipoh City Watch dan Persatuan Keselamatan Penduduk Bukit Merah.
Program telah dirasmikan oleh YDH Toh Seri Bijaya Lt Kol (B) Dato Seribijaya Shaharudin, Orang Besar Jajahan Manjung. Ia turut disertai lebih daripada 60 orang peserta dari Lions Club of Ipoh Centennial, Lions Club of Bukit Mertajam Horizon, SK Jln Panglima Bukit Gantang, Maahad Tahfiz Tambun serta Pertubuhan Rakan Komuniti Pendidikan Perak dan Sahabat Alam Malaysia.
Sebanyak 16 pohon pokok Ficus Elastica, Bucida, Eugenia dan Tecoma telah berjaya ditanam di kawasan lapang Persiaran Kledang Permai, Ipoh, Perak sempena Hari Bumi Sedunia yang akan disambut di seluruh dunia.
Selepas penanaman pokok, para peserta telah diberi taklimat tentang Perubahan Iklim dan Peranan kita dalam membantu menjaga alam sekitar di dewan Loyal Academy yang berhampiran oleh Pemenang Anugerah JCIM 2018 dan 2022, Best in Climate Action, Dr. Richard Ng, selaku pengerusi JK Penganjur.
Moga program seperti ini dapat diteruskan untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya pokok-pokok untuk menghijaukan bumi.