Anak Sulong Kolej ADDIN ke Bumi Anbia

Alhamdulillah anak sulong kedua Kolej Tahfiz ADDIN telah selamat sampai ke bumi anbia melanjutkan pelajaran ke Maahad Shoubra dalam bidang Qiraat.

Anak sulong pertama kami Rabiatul Adawiyah telah pun mendahului sedikit masa lalu dan tak sempat kami menghantarnya.

Sekalung tahniah buat anaknda kami Farahiah Binti Zahari yang mendapat tajaan dari KPM sepanjang pengajian beliau disana. Moga mereka berdua tidak kekok di negara orang.

Buat anaknda anaknda kami yang lain yang turut sama hadir di KLIA semalam ambillah semangat beliau untuk terus maju dalam bidang yang diceburi. Moga kalian semua sentiasa dipermudahkan Allah dalam mengharungi kehidupan ini.

Untuk makluman, Kolej Tahfiz ADDIN ini merupakan satu satunya Maahad Tahfiz swasta yang ada MOU dengan Darul Quran Jakim yang menawarkan program Diploma Tahfiz al Quran. Yuran pengajian kami adalah percuma bagi membantu anak bangsa kita dapat belajar ke peringkat yang lebih tinggi dengan kos yang minima.

Bagi tuan puan penderma budiman yang ingin melihat institusi tahfiz ini terus berkembang maju, kami amatlah mengalu alukan sebarang sumbangan samada wang ringgit ataupun tenaga serta barangan keperluan dapur.

Sila hubungi kami di talian 055060223 waktu pejabat.