ANUGERAH TAHFIZ KESELURUHAN TERBAIK 2017

ANUGERAH TAHFIZ KESELURUHAN TERBAIK

Pada Majlis Konvokesyen PERMATA AL QURAN yang berlangsung di KUIN pada 19 Ogos lalu, Yayasan ADDIN telah dinobatkan sebagai Institusi Pengurus Tahfiz terbaik yang telah dinilai oleh panel daripada pelbagai aspek.

Yayasan ADDIN telah menguruskan 17 buah MTQ ADDIN setakat ini.

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat dengan jenama “ADDIN” tidak asing lagi di negeri Perak kerana telah bertapak sejak tahun 1993 di Kg Tualang Sekah.

MTQ ADDIN telah diselaraskan kurikulumnya yang khusus oleh Yayasan ADDIN melalui Jemaah Pengurusan Maahad atau JPM. Kurikulum yang merangkumi subjek Al Quran sebagai teras, Al Diniah dan Akademik sebagai subjek tambahan.

Yuran bulanan di MTQ ADDIN ialah antara yuran yang termurah apabila dibandingkan dengan Maahad Tahfiz Swasta lain kerana aspek kebajikan amat dititik beratkan oleh Yayasan ADDIN.

Yayasan ADDIN juga telah menyediakan satu platform sambung belajar yang terjamin kepada para pelajar MTQ ADDIN lepasan SPM iaitu di MTQ ADDIN 4 Tapah untuk peringkat Diploma. Sejarah telah tercatat apabila tahun 2014, bulan Disember, Yayasan menandatangani MoU dengan Darul Quran JAKIM untuk mewujudkan Diploma Tahfiz al Quran dan Qiraat yang diiktiraf oleh kerajaan dan dalam usaha kepada pengiktirafan MQA.
Sehubungan dengan itu, warga JPM ADDIN mengambil kesempatan merakamkan Penghargaan & Tahniah kepada pihak pengurusan tertinggi Yayasan ADDIN yang diterajui oleh Dato Syeikh Mohamad Nor Mansor al Hafiz dan seluruh MTQ ADDIN atas anugerah tersebut.